Blogger Backgrounds

Saturday, March 5, 2011

~ SaaT AkU Menjadi Lupa ~

~ Ya Allah Matikanlah diriku dalam Islam...akhirkanlah kehidupanku ini dengan sebaik2 pengakhiran dan janganlah sekali2 Ya Allah Kau matikanku dengan seburuk2 pngakhiran~

:: pernahkah kita terfikir di saat kita sedang bergelak tawa,sedang berjalan-jalan dengan gembiranya,di saat kita masih belum lagi menunaikan solat fardhu,di saat kita sedang enak diulai mimpi yang tidak pernah pasti realitinya, tiba-tiba satu perkara yang kita tidak mungkin terfikir akan berlaku pada diiri kita terutamanya di waktu umur yang kita kira masih terlalu muda untuk pergi meninggalkan dunia ini iaitu MATI???::

ah tidak!! harta,kekasih hati,kerjaya!!aku masih belum merasai lagi semua itu..mungkin ada sebahagian daripada kita terkejar2 dengan semua perkara ini tanpa memikirkan bekalan akhirat yang tidak pernah cukup..ya..pasti ada yang berfikiran begitu..

"kita muda lagi la..xkanla bley nak meninggal plak"

mengantuklah jap lagi la solat...

aku tau la jaga amalan aku, ko xyah susah2 nak nasihat..

ish die2 teg0 ak mcm la ak xtau nak solat..aku tau la..

begitulah ayt2 yang biasa sy dgr daripada hamba2 Allah yang saya kira masih belum lg memahami erti hidup ini sepenuhnya..
mengapa jadi begitu??kadangkala saya merasa hairan dengan sikap sebahagian daripda kita ini termsuklah diri ini yang masih belum sempurna,mengapa masih begitu jika sudah tahu kesannya,sudah tau peraturannya?mungkin ini lah yang sebenarnya dimaksudkan dengan hidayah Allah..itulah perlunya nasihat kerana fitrah manusia itu adalah insan yang mudah lupa..bukanlah maksud orang yang memberi nasihat itu mahu menunjuk bahawa dirinya itulah sahaja yang baik...alhamdulillah bersyukurlah dengan diri kita kerana dilahirkan sebagai muslim..Namun, jangan dijadikan alasan masih belum dapat hidayah lagi,kita sendiri perlu menggerakkan diri untuk mencari hidayah itu..Hatta sekalipun ditakdirkan berpeluang belajar jurusan Islam..

bersangka baiklah dengan apa yang berlaku..setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya..jangan mudah menyalahkan orang lain tatkala kita dilanda ujian..

"pasal die la jadi benda ni",aku da agak da kalo x xkan la bley jadikan"

masya-Allah mudah benar kita menyalahkan orang..apakah benar 'orang' itu salah..sememangnya menjadi fitrah manusia salah orang lain mudah benar kita lihat,salah diri tidak pernah kita sedar kan..nauzubillah..berlapanglah dada dengan setiap apa yang berlaku..kerna itulah Islam menganjurkan kita supaya sentiasa belajar muhasabah diri sebelum tidur..maafkanlah kesalahan orang lain pada kita..ingatlah kebaikan manusia kepada kita dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang lain..Ya Allah ampunilah daku serta seluruh umat Islam..


No comments:

Post a Comment